Yang Dulu.

Mencari senyum dalam mata itu.
Mencari kasih yang pernah tersimpan buatku.
Mencari harap di setiap tertembung malu.
Mencari aku di dalam kamu seolah dulu.

Mencari damai dari kejauhan yang dekat.
Mencari rindu yang ku tanggung sarat.
Mencari cinta yang kau tutup rapat.
Mencari aku yang sedang tersiat-siat.

Mencari kamu yang hilang di dalamnya.
Mencari jiwa kau sembunyi tak bersuara.
Mencari gagah untuk aku tumpang sama.
Mencari aku yang kerananya jadi gila.

Mencari.

Mencari dalam anak mata itu.
Mencari aku.
Mencari kamu : YANG DULU

Biarkan.

Muka itu,
kering sayu.
senyuman mati di bibir kaku,
betapa peritnya jiwa berada
di tengah-tengah tembok batu.

Tak tahu apa yang perlu di lakukan dahulu.
teruskan tunggu atau.
biarkan mati disitu

Dia.

Menjilat tubuh yang kusam.
Busuk tanpa wangian.
Ke hulu hilir tanpa apa-apa alasan.
Berfikir tanpa apa-apa penyelesaian.

Setiap pejaman mata tanam azam.
Mahu buang segala kenangan.
Mahu kubur segala perasaan.
Namun lain jadinya.

Hari-hari.
Dia masuk dalam mainan mimpi malam.
Tinggalkan kesan yang menyakitkan.

Andai.

Andai.

Esok kita masih punya waktu,
akan aku hargai saat itu.

Mungkin.

Mungkin kita pernah rasa.
tentang cinta , yang takdirnya bukan untuk kita.
mungkin ini cara , tantpa berkata atau berpandang mata.

Mungkin aku.
Mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu.

Mungkin aku.
Mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu.

I'm sorry but i love you,

I'm sorry if i miss you,

Even if i can't have you,

You know i always be there for you.

Mungkin kita tak bersama,
itu takdirnya.

Tak mengapa asal kau,
Bahagia.

Biar aku mencintaimu.
biar tiada siapa yang tahu.

Biar aku mencintaimu.
Dalam diam atau pun bisu.

Tewas.

Hati itu tidak pernah puas
dengan apa yang di perolehi.
Di hadiahi beca tapi
mahukan lori.

Mata sentiasa berkaca.
Badan sentiasa berdarah.
Semua luka.
Ibarat baru kalah.

Kalah di belasah.
Tewas dalam permainan jiwa.
Gagal memenangi hati.
Perempuan-Perempuan gila.

Bintang.

Sendirian di bilik terang.
Mengharapkan bintang.
Muncul di waktu siang.

Tapi sayang.
Satu bintang pun masih.
Belum kelihatan.
Sampai sekarang.